Seberapa kerap masalah benda asing terjadi dalam telinga, dan adakah ia serius?
Objek asing dalam telinga adalah antara sebab-sebab utama untuk lawatan ke bilik kecemasan, terutamanya di kalangan kanak-kanak. Sebahagian besar kejadian bendasing ini adalah tidak merbahaya.
Ada yang boleh menyebabkan ketidakselesaan seperti serangga atau benda tajam, dan benda asing yang boleh menghasilkan jangkitan kuman seperti makanan atau bahan organik. Ia memerlukan rawatan kecemasan.
Kenapa perlu bimbang jika serangga masuk telinga?
Dalam kebanyakan kes, serangga boleh memasuki telinga anda ketika tidur atau ketika berada di luar rumah, seperti semasa berkhemah. Serangga boleh juga terbang ke telinga anda semasa anda terjaga, biasanya semasa bekerja atau berlari di luar.
Serangga tersebut mungkin boleh jadi mati ketika berada di dalam telinga anda. Namun, ada juga kemungkinan ia masih hidup dan terus bergerak dalam telinga. Ini boleh menyebabkan kesakitan telinga dan kebimbangan.
Walaupun serangga dalam telinga biasanya tidak berbahaya, komplikasi yang lanjut boleh timbul. Oleh itu serangga perlukan dikeluarkan dengan secepat mungkin.
Bagaimana untuk mengetahui jika terdapat serangga di telinga anda?
Sekiranya serangga itu masih hidup dalam telinga anda, bunyi dengung dan pergerakan serangga sering kali kuat dan menyakitkan. Jikalau serangga tersebut menusuk atau menggigit dalam telinga, kemungkinan besar anda akan mengalami kesakitan, keradangan dalam telinga, dan kerengsaan.
Tanda-tanda lain adalah seperti kemerahan dan bengkak dalam telinga, nanah atau darah keluar dari telinga, yang menandakan kecederaan dalam telinga.
Walaupun orang dewasa dengan mudah dapat mengenal pasti serangga dengan dengung dan pergerakannya, kanak-kanak boleh menjadi lebih sukar untuk menentukan punca kesakitan di telinga mereka. Sekiranya anda melihat anak-anak kecil menggosok atau menggaru salah satu telinga mereka, ini mungkin merupakan tanda serangga dalam saluran telinga.
Bagaimana cara-cara untuk keluarkan serangga dalam telinga?
Perkara yang paling penting apabila cuba mengeluarkan serangga dalam telinga adalah membawa bertenang. Anda boleh cuba keluakan serangga dari telinga semasa dalam rumah anda terdahulu. Jangan gunakan putik kapas atau batang logam lain. Ia boleh menyebabkan serangga tersebut memasuk lebih jauh ke dalam telinga dan boleh mencederakan telinga tengah atau gendang telinga anda.
2 Tips untuk mengeluarkan serangga dalam telinga:
Tarik bahagian belakang telinga anda ke arah belakang kepala untuk meluruskan saluran telinga. Kemudian, menggeleng-gelengkan kepala anda just boleh bantu mengeluarkan serangga dari telinga.
Sekiranya serangga itu masih hidup, anda boleh mencurahkan minyak sayuran atau minyak bayi ke dalam saluran telinga. Ini biasanya akan melemaskan atau membunuh serangga tersebut. Sekiranya anda mengesyaki serangga itu telah mati, anda mungkin boleh cuba mengeluarkannya dari telinga dengan siramkan atau flush telinga anda dengan air suam.
PERINGATAN: jika anda atau anak anda mempunyai masalah telinga seperti gegendang telinga berlubang, adalah penting untuk berjumpa doktor dengan segera sekiranya anda mengesyaki terdapat serangga dalam telinga.
Oleh kerana serangga yang bergerak dalam telinga boleh mencederakan gendang telinga, anda dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan doktor sekiranya anda tidak dapat mengeluarkan serangga itu sendiri.
Anda perlu tetap tenang dan tidak menggaru telinga kerana ia boleh menambah pergerakan serangga dalam telinga.
Doktor akan menggunakan alat yang disebut “otoskop” untuk memeriksa telinga dan mengenalpasti yang itu adalah serangga. Doctor mungkin menggunakan alat forsep untuk mengeluarkan serangga dari telinga. Sebagai alternatif, doktor mungkin menggunakan penyedut lembut atau alirkan saluran telinga dengan air suam. Kanak-kanak mungkin perlu dibius semasa proses prosedur ini.
Sekiranya minyak tidak berjaya membunuh serangga tersebut, doktor mungkin akan menggunakan ubat anestetik, untuk melumpuhkan serangga tersebut sebelum mengeluarkannya. Doktor juga akan memberi ubat antibiotik kepada anda sekiranya terdapat kecederaan teruk pada saluran telinga.
Apakah komplikasi yang boleh disebabkan of serangga dalam telinga?
Komplikasi yang paling biasa dari serangga di telinga adalah gendang telinga pecah.
Sekiranya serangga menggigit gendang telinga, anda akan merasa sakit dan terdapat darah berasal dari gendang telinga. Ia juga boleh mengurangkan pendengaran anda.
Jikalau serangga itu tidak dikeluarkan sepenuhnya, jangkitan dalam telinga boleh berlaku dan anda perlukan rawatan daripada seorang doktor dengan segera