Skip to main content

Definisi

Apa itu Patah Tulang Pangkal Lengan?

Humerus adalah sejenis tulang yang menghubungkan antara sendi bahu dan sendi siku.

Dalam keadaan yang sihat, kebanyakan keretakan humerus berlaku disebabkan oleh pukulan langsung ke pangkal lengan.

Ini selalunya disebabkan oleh kemalangan kenderaan bermotor atau kejatuhan dari tempat tinggi.

Ada kalanya humerus boleh patah kerana pemusingan pangkal lengan yang teruk, terjatuh pada lengan yang terentang keluar, atau pengecutan otot pangkal lengan yang ekstrem.

Jika keretakan tulang berlaku kerana pengecutan otot yang melampau, garis patah akan didapati melingkar di sekeliling tulang.

Ini kadang-kadang dipanggil “keretakan pilin” (spiral fracture) atau “keretakan pembaling bola” (ball thrower’s fracture). Kecederaan jenis ini agak jarang berlaku.

Sekiranya humerus patah disebabkan oleh perlanggaran atau kejatuhan berimpak kecil, ini mungkin bermakna tulang tersebut telah lemah akibat penyakit, osteoporosis atau kanser.

Ini dipanggil keretakan patologi.

Keretakan yang berkaitan dengan kanser tulang pangkal lengan lebih cenderung berlaku pada orang tua.

Keretakan yang berkaitan dengan trauma pada humerus pula lebih cenderung memberi kesan kepada orang muda.

Apakah kebarangkalian Patah Tulang Pangkal Lengan?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Patah Tulang Pangkal Lengan?

Sekiranya anda terjatuh atau terhentak pada pangkal lengan anda, anda mungkin boleh merasai atau mendengar bunyi berderak ataupun bunyi retak.

Simptom utama adalah rasa sakit, yang akan menjadi lebih parah jika anda cuba menggerakkan lengan anda.

Pangkal lengan yang patah (keretakan humerus) boleh menjadi sangat menyakitkan, sehingga anda mungkin merasa tidak selesa, pening atau pengsan.

Simptom lain dari pangkal lengan yang patah adalah:

  • Anda tidak dapat menggunakan lengan anda.
  • Siku atau pangkal lengan mungkin bengkak.
  • Siku atau pangkal lengan anda mungkin lebam.
  • Jika ia patah dengan sangat teruk, lengan anda mungkin mempunyai bentuk yang berbeza.
  • Anda mungkin akan perasan rasa kesemutan atau kebas.
  • Mungkin pendarahan berlaku jika tulang yang patah (atau impak kejatuhan anda) telah merosakkan permukaan kulit.

Sekiranya bahu anda telah terkehel pada waktu yang sama dengan patah tulang pangkal lengan anda, bahu anda akan kelihatan cacat dan bukan pada tempatnya.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas.

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang apa-apa simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya perlu ke klinik?

Datang ke klinik kami jika lengan anda sakit dengan teruk selepas berlakunya kecederaan.

Doktor boleh menentukan sama ada tulang anda patah atau tidak.

Anda juga harus berjumpa profesional penjagaan kesihatan selepas sebarang kecederaan yang menyebabkan rasa kebas atau kelemahan di tangan mahupun pergelangan tangan.

Ini adalah penting walaupun kecederaan itu sendiri tampak ringan dan kecil.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Patah Tulang Pangkal Lengan?

Sila berbincang dengan doktor kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Diagnosis dan Rawatan

Doktor anda akan membandingkan lengan yang tercedera dengan lengan anda yang elok anda. Dia akan memeriksa tanda-tanda:

  • Bengkak
  • Kecacatan
  • Luka geseran
  • Lebam
  • Pergerakan yang terhad

Doktor anda akan menekan dengan perlahan-lahan dan merasakan sepanjang lengan anda untuk mengenal pasti kawasan kecederaan.

Doktor anda juga akan merasakan nadi anda, memeriksa deria sentuhan dan menguji keupayaan anda untuk menggerakkan lengan dan tangan anda.

Ini akan membantu menentukan sama ada terdapat serpihan tulang patah yang tajam telah merosakkan mana-mana saluran darah atau saraf dalam tangan anda.

Doktor akan mengarahkan pemeriksaan x-ray bagi tulang yang cedera.

Kadang-kadang x-ray tambahan pada sendi di atas dan di bawah kawasan patah akan turut dilaksanakan.

X-ray akan mengesahkan lokasi dan tahap keterukan keretakan anda.

Leave a Reply