Skip to main content

“Tolong, anak saya sawan!”

Pernahkah situasi sebegini terjadi kepada anda? Sekiranya pernah, apa yang anda lakukan? Dan sekiranya anda tidak pernah mengalami situasi di atas, apakah yang boleh anda lakukan sebagai persediaan? 

 

Apakah itu sawan? 

  • Sawan adalah pergerakan luar kawalan seseorang di mana seseorang tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri. 
  • Ianya boleh melibatkan seluruh anggota badan ataupun sebahagiannya. 
  • Contoh pergerakan : mata terbeliak ke atas, air liur mengalir, tangan atau kaki menjadi keras/bergetar (sentakan)

Siapakah yang berisiko untuk mendapat sawan? 

  • Kanak-kanak yang berusia 6 bulan hingga 6 tahun yang mengalami demam panas (kebiasaannya suhu melebihi 38’c)
  • Kanak-kanak yang mengalami jangkitan kuman di selaput otak (meningitis)
  • Kanak-kanak yang mempunyai sejarah keluarga yang mengalami epilepsi (sawan babi)

Apa yang boleh dilakukan semasa anak sawan? 

1. Ibu bapa perlu bertenang, jangan panik

  • Sekiranya ibu bapa panik, ia hanya akan memburukkan keadaan 

2. Ibu bapa perlu perhatikan anak 

  • Perhatikan anak anda semasa sawan; tempoh sawan berlaku, pergerakan yang berlaku semasa sawan, peristiwa yang berlaku sebelum dan selepas sawan. 
  • Maklumat ini penting untuk dimaklumkan kepada doktor untuk membantu doktor untuk membuat diagnosis 

3. Pastikan anak anda di tempat yang selamat, jauh daripada bahaya 

4. Posisikan anak anda dengan posisi yang selamat  

  • posisikan  anak anda dengan kedudukan mengiring, sebaiknya mengiring sebelah kiri 
  • posisi ini untuk mengelakkan anak anda tercekik dengan air liur atau muntah 

 

5. Jangan masukkan sesuatu ke dalam mulut anak anda 

  • ini meningkatkan risiko tercekik atau kelukaan di dalam mulut anak anda 

6. Sekiranya sawan anak anda berlarutan lebih daripada 5 minit, sila bawa      anak anda ke klinik/hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan          sekiranya rumah anda dalam jarak <30 minit ke fasiliti kesihatan.

  • Sekiranya jarak rumah dan fasiliti kesihatan >30 minit, sila hubungi 999 untuk mendapatkan bantuan kecemasan. 

Jadi, ibu bapa harus tahu apa yang perlu dilakukan ketika anak mengalami sawan ya! 

 

Leave a Reply