Skip to main content

PENGENALAN

  • Tonsil adalah gumpalan tisu limfoid (sub-epitelium) yang terletak di bahagian tekak (orofarinks).
  • Setiap manusia mempunyai 2 biji tonsil. Tonsil berbentuk bujur dan terletak di dinding sisi tekak (orofarinks) di antara tiang anterior (“anterior pillar”) dan tiang posterior (“posterior pillar”).
  • Saiz sebenar tonsil adalah lebih besar dari apa yang kita dapat lihat. Ini adalah kerana ianya memanjang ke arah lelangit, memanjang ke arah pangkal lidah dan memanjang ke arah lengkung palatoglosal di sisi

FUNGSI

  • Membangunkan sistem keimunan dan antibodi badan (di peringkat awal usia).
  • Melindungi saluran pernafasan dengan mengawal pintu laluan udara pernafasan.
  • Membentuk sel limfosit dan plasma untuk pertahanan badan.
  • Memantau dan memberi amaran kepada badan akan jangkitan bakteria yang masuk melalui udara dan makanan.

PUNCA RADANG TONSIL

  • Banyak dialami oleh kanak-kanak bersekolah.
  • Jarang berlaku di kalangan kanak-kanak berusia kurang 2 tahun atau dewasa melebihi 50 tahun
  • Punca:
    • Kuman Virus adalah di antara penyebab utama. Contohnya seperti Herpes Simplex Virus (HSV), Adenovirus, Epstein-Barr virus (EBV), Cytomegalovirus(CMV) dan virus campak.
    • Kuman Bakteria pula menyebabkan 15 hingga 30% jangkitan tonsillitis. Bakteria yang paling kerap adalah Group A Beta-Hemolytic Streptococcus (GABHS). Bakteria yang lain adalah seperti streptococcus pneumoniae, staphylococci dan Hemophilus Influenza.

GEJALA

  • Sakit tekak
  • Sukar menelan
  • Demam panas – 38°C hingga 40°C, seram sejuk dan menggigil
  • Sakit telinga – disebabkan oleh “referred pain” (sakit yang berasal di tekak tetapi turut dirasai ditelinga kerana mempunyai saraf yang sama) atau disebabkan oleh komplikasi tonsillitis seperti jangkitan kuman di telinga tengah (Otitis media akut).
  • Gejala lain – sakit kepala, lemah tubuh, sakit badan, sembelit, hilang selera makan, sakit perut (limfadenitis mesentrik)

TANDA

  • Nafas berbau busuk dan lidah kering bersalut putih
  • Lelangit dan anak tekak berwarna merah terang
  • Tonsil – merah, bengkak dengan nanah di pembukaan kripta (“follicular tonsillitis”) atau membran/selaput putih di permukaan (“membranous tonsillitis’)
  • Tonsil – membesar, bertemu di garis tengah dan menyempitkan kerongkong. Bengkak (edema) di anak tekak dan lelangit (“parenchymatous tonsillitis”).
  • Kelenjar limfa di leher (“jugulodigastric lymph node”) membesar dan sakit.

 

RAWATAN

  • Rawatan sokongan
      • Berehat
      • Minum air secukupnya
      • Makan secara sihat
      • Melegakan kesakitan
      • Meredakan demam

 

  • Antibiotik
      • Rawatan antibiotik hanya diberikan jika tonsillitis disebabkan oleh kuman bakteria.
      • Tanda-tanda  kehadiran bakteria seperti:
        • Rembesan keputihan pada permukaan tonsil
        • Demam
        • Leukositosis (peningkatan sel darah putih leukosit dalam darah)
        • Berhubung rapat dengan pesakit atau indiividu yang dijangkiti Group A Beta-Hemolytic Streptococci (GABHS)
      • Walaubagaimanapun, secara klinikal, jangkitan diantara kuman bakteria ataupun virus adalah sukar dibezakan

 

  • Peranan antibiotik dalam GABHS:
      • Mencegah demam reumatik akut
      • Mencegah komplikasi bernanah
      • Mengurangkan jangkitan kepada orang lain yang berdekatan

 

KOMPLIKASI

  • Tonsillitis kronik dengan serangan akut yang berulang. Ini disebabkan oleh jangkitan kuman yang masih berterusan di dalam tonsil walau dengan kuantiti yang amat sedikit.
  • Nanah peritonsil (di sekitar tonsil)
  • Nanah parafaringeal (di dalam leher)
  • Nanah di permukaan leher (dikelenjar limfa)
  • Otitis media akut (jangkitan telinga tengah)
  • Demam reumatik disebabkan oleh GABHS.
  • Glomerulonephritis akut (AGN).
  • Endokarditis bakteris subakut (SBE) dalam kalangan pesakit yang mengalami penyakit injap jantung di sebabkan oleh bakteria Streptococcus viridans

RINGKASAN

Tonsillitis adalah radang pada tonsil yang disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria. Gejala tonsillitis termasuk sakit tekak. Tonsillitis yang disebabkan oleh virus sembuh dengan sendirinya, manakala tonsillitis yang disebabkan oleh bakteria boleh dirawat dengan antibiotik. Tonsilektomi dilakukan dengan sebab-sebab tertentu setelah pesakit mendapatkan nasihat pakar bedah.

 

Sumber : Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia

Leave a Reply