Skip to main content

Demam Kepialu atau Tifoid adalah jangkitan bawaan makanan disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi (S.typhi). Bakteria Tifoid terdapat di dalam darah, urin dan najis pesakit dan juga najis pembawa. Pembawa mempunyai bakteria tofoid tetapi tidak mempunyai gejala demam tifoid. Seterusnya, merekadikesan dan mengeluarkan bakteria tifoid di dalam najis dan menjangkiti orang lain.

Cara-cara Demam Kepialu atau Tifoid Merebak
a. Melalui makanan dan minumam tercemar oleh najis manusia yang mengandungi bakteria Salmonella typhi.
b. Melalui makanan dan minuman daripada pesakit dan pembawa.
c. Melalui hinggapan lalat yang membawa bakteria Salmonella typhi.
d. Menggunakan bekalan air tidak bersih.

 

Tanda-tanda dan Gejala Demam Kepialu :
a. Demam panas berpanjangan
b. Sembelit
c. Sakit kepala
d. Cirit birit
e. Sakit perut
f. Sakit badan / lemah / letih lesu
g. Kurang selera makan
h. Mata layu dan cengkung
i. Tidak sedarkan diri dan meracau
j. Ruam ( bitnik merah pada bahagian atas badan )

Langkah-langkah Kawalan Demam Kepialu :
a. Segera ke klinik / hospital jika mengalami demam, cirit birit atau sakit perut
b. Minum air yang telah dimasak
c. Makan makanan yang baru dimasak
d. Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum / selepas ke tandas
e. Basuh semua sayur-sayuran dan buah-buahan dengan air bersih sebelum dimakan
f. Tutup semua makanan dan minuman supaya tidak dihinggapi lalat
g. Gunakan penyepit / senduk / sudu / garpu yang bersih untuk mengambil makanan
h. Bersihkan kawasan rumah supaya lalat-lalat tidak dapat membiak
i. Gunakan tandas yang sempurna
j. Pilih kedai / gerai pengendali makanan yang bersih

Komplikasi Demam Kepialu :
a. Menyebabkan kematian jika tidak mendapatkan rawatan awal dan secukupnya
b. Pembawa bakteria demam kepialu adalah seorang yang tiada tanda / simptom atau sembuh dari
demam kepialu

Leave a Reply