Skip to main content

Obesiti atau kegemukan adalah masalah kompleks yang menyebabkan lebihan lemak pada berat badan seseorang. Obesiti telah dikategorikan mengikut BMI ( Body Mass Index ), adalah cara untuk mengukur
berat badan mengikut ketinggian seseorang.

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan obesiti, antaranya :-

  • Umur – Peningkatan umur menyebabkan kadar metabolism menurun.
  • Gender – Kaum wanita mempunyai lebih kebarangkalian untuk menjadi obese berbanding dengan lelaki.
  • Faktor keturunan – Individu mempunyai faktor genetik yang menyebabkan mudah mendapat kenaikan berat badan dan menjadi obes.
  • Aktiviti fizikal – Kurang melakukan aktiviti fizikal ( senaman ) dan tidak menjaga pemakanan juga faktor peningkatan obesiti.
  • Faktor psikologi – Individu yang makan berlebihan menghadapi tekanan atau mempunyai ketidakstabilan emosi.
  • Penyakit – Obesiti berlaku kepada pesakit yang mempunyai penyakit hypothyroidism, kemurungan atau penyakit di bahagian otak yang menyebabkan pesakit makan berlebihan.
  • Ubat-ubatan – Ubat seperti steroid atau ubat untuk merawat kemurungan menyumbang kepada obesiti.

Selain daripada faktor kegemukan, terdapat beberapa implikasi menjadi penyumbang kepada obesiti. Ia boleh membawa kepada banyak penyakit kronik yang membawa kepada kematian atau morbidity.

Antara penyakit yang disebabkan oleh obesiti Diebetes Mellitus :

  • Penyakit hepatobiliary ( fatty liver dan batu hempedu)
  • Dyslipidaemia ( kolestrol tinggi )
  • Metabolic syndrome
  • Sleep apnoea
  • Penyakit jantung koronari
  • Cerebrovascular diseases
  • Kegagalan jantung
  • Tekanan darah tinggi ( hypertension )
  • Osteoarthritis
  •  Gout

Justeru itu, anda perlu mengambil langkah-langkah berikut untuk mencegah obesiti dan pertambahan berat badan. Senaman harian, amalan pemakanan yang sihat, dan komitmen sepanjang hayat boleh
mencegah obesity.

  •  Senaman berterusan – Anda boleh bersenam dengan melakukan aktiviti sederhana seperti
    berjalan, berjoging, berenang atau berbasikal.
  • Pemakanan sihat – Makan makanan yang rendah kalori dan tinggi kandungan nutrient seperti
    sayur-sayuran, buah-buahan dan karbohidrat.
  • Pantau berat secara berkala – Timbang berat sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk mengawal pemakanan dalam apa jua situasi.
  • Elak situasi makan makanan berlebihan – Elakkan diri anda dalam situasi makan makanan yang berlebihan. Catat semua kegiatan makanan anda agar dapat mengetahui berapa kerap andamakan dan tahap kelaparan anda.

WHO Klasifikasi Obesiti untuk populasi Asia.

klinikikram.com

Leave a Reply