Skip to main content

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes
aegypti. Dianggarkan terdapat lebih 100 juta kes denggi telah dilaporkan di seluruh dunia pada setiap
tahun. Terdapat beberapa jenis virus yang menyebabkan demam denggi, iaitu DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4.

Jangkitan virus ini boleh memudaratkan kepada semua golongan jika menghidapi simptom-simptom
seperti :

  • Demam panas
  • Sakit kepala
  • Sakit tulang belakang
  • Sakit sendi-sendi
  • Loya dan muntah-muntah
  • Sakit biji mata
  • Ruam

Jika anda mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala-gejala demam denggi, hendaklah mendapatkan rawatan dengan segera. Pesakit akan diberikan ubat demam dan dinasihatkan untuk berehat serta digalakkan minum air dengan secukupnya. Pesakit akan dimasukkan ke dalam wad jika sekiranya disyaki menghidap demam denggi berdarah.

Risiko dan faktor yang menyebabkan jangkitan demam denggi adalah :

Tinggal di kawasan tropika : Situasi yang menyebabkan peningkatan demam denggi adalah kerana kita tinggal di kawasan tropika.

Pernah mengalami demam denggi : Jika anda pernah mengalami demam denggi, ia mempunyai risiko yang lebih tinggi jika dijangkiti semula. Bagi mengelakkan virus demam denggi ini merebak, terdapat beberapa cara untuk mencegah daripada dijangkiti :

a. Memastikan tiada tempat pembiakan nyamukb. Membuang bekas yang boleh menakung air

  • Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan ditutup
  • Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan air dibuang sekurang-kurangnya seminggu
    sekali
  • Pastikan saliran atap sentiasa mengalir
  •  Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik

b. Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk

c. Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk seperti :

  • Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup
  •  Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk
  • Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang sewaktu keluar rumah
  • Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup

Leave a Reply