fbpx Skip to main content

Sindrom COVID Berpanjangan atau lebih dikenali dengan ‘Long COVID Syndrome’ adalah keadaan di mana bekas pesakit COVID masih mengalami simptom. Bekas pesakit COVID berkemungkinan mengalami gejala-gejala berterusan dalam tempoh 12 minggu atau lebih selepas sembuh. Untuk pengetahuan, Long COVID Syndrome ini berpunca daripada komplikasi jangkitan COVID-19 yang menyebabkan fungsi organ dalam tubuh badan seseorang.

Simptom “Long COVID Syndrome” biasa :

  • Keletihan
  • Kesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti
  • Sukar tidur malam
  • Batuk
  • Kegelisahan

Terdapat beberapa simptom lain juga yang boleh menyebabkan ‘Long COVID Syndrome’ :

Kepala

  •  Gangguan kognitif (lemah ingatan, kurang daya tumpu)
  • Sakit kepala
  • Gangguan tidur
  • Gejala neuropati periferi
  • Pening
  • Kecelaruan
  • Penafasan
  • Kesukaran bernafas
  • Batuk

Jantung

  • Sesak dada
  • Sakit dada
  • Berdebar-debar
  • Gastrousus
  • Sakit abdomen
  • Loya
  • Cirit-birit
  • Anoreksia dan hilang selera makan
  • Otot/Tulang
  • Sakit sendi
  • Sakit otot

Kulit

  • Ruam telinga/hidung/tekak
  • Tinnitus (bunyi di telinga)
  • Sakit telinga
  • Sakit tekak
  • Hilang deria rasa/bau

Jika anda mengalami simptom-simptom Long COVID Syndrome tersebut, anda dikehendaki mendapatkan rawatan segera di pusat-pusat kesihatan yang berdekatan. Gejala ini sememangnya menjejaskan rawatan kualiti kehidupan sebagai bekas pesakit COVID, sama ada ianya dihadapi yang bergejala ringan ataupun bergejala serius.

Leave a Reply