Skip to main content

Influenza adalah sejenis virus yang menyebabkan jangkitan pada saluran pernafasan seperti hidung, tekak dan paru-paru. Virus ini mula merebak dari seseorang individu yang telah dijangkiti pada seorang individu yang lain melalui titisan salur pernafasan ( respiratory droplets ), dimana ia boleh mencemari permukaan dan menyebabkan jangkitan kepada individu yang menyentuh permukaan. Wabak ini boleh mengancam nyawa seseorang yang dijangkiti, samada gejala jangkitan yang ringan mahupun serius, dalam keadaan yang tertentu.

 

Gejala influenza bermula dalam 1 atau 2 hari selepas dijangkiti, antaranya :

  • Demam
  • Selesema
  • Sakit tekak
  • Sakit badan
  • Sukar bernafas
  • Cirit-birit dan sakit perut


Terdapat beberapa individu yang berisiko tinggi untuk mendapat influenza :

  • Kanak-kanak berumur kurang dari 5 tahun
  • Wanita hamil
  •  Warga emas berumur 65 tahun dan ke atas
  • Individu dengan penyakit kronik ( kencing manis, darah tinggi, asma dan lain-lain )
  • Individu obes
  •  Individu yang mempunyai daya ketahanan badan yang rendah ( seperti pesakit kanser,
    penghidap HIV, pesakit yang menjalani rawatan kemoterapi dan lain-lain. 

 

Bagi mencegah virus Influenza daripada dijangkiti, anda boleh mendapatkan vaksinasi secara tahunan. Selain daripada mendapatkan vaksin, antara langkah pencegahan yang boleh diamalkan adalah :

  • Amalkan tahap kebersihan diri ( membasuh tangan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer
  •  Amalkan adab batuk yang baik dengan menutup mulut dan hidung apabila batuk atau bersin (menggunakan tisu atau pelitup muka )
  • Buang tisu atau pelitup muka ke dalam tong sampah
  • Jarakkan diri daripada individu yang bergejala sekurang-kurangnya jarak 1 meter
  • Rehat di rumah dan elakkan kunjung tempat tumpuan ramai


Sumber : Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia

One Comment

Leave a Reply