Skip to main content

Bahaya E-cig dan Vape

‘E-cig’ atau didefinisikan sebagai rokok elektronik yang mengandungi nikotin, dan manakala ‘Vape’ tidak mengandungi nikotin.

Komponen utama Vape/E-Cig :

  • Bateri
  • Atomiser
  • Katrij

Kandungan utama Rokok Elektronik adalah :

  • Nikotin
  • Propylene Glycol
  • Vegetable Glycerin
  • Bahan perisa dan pewarna

Kandungan utama Vape adalah :

  1. Propylene Glycol
  2. Vegetable Glycerin
  3. Bahan Perisa dan pewarna

 

Kandungan dan Kesan Terhadap Kesihatan

  • Nikotin

Melebihi 2mg boleh memberi gangguan pada perut dan usus. Kesan daripada dos yang tinggi :

  1. Sawan
  2. Kegagaln pernafasan
  3. Menyebabkan kematian
  • Propylene Glycol (PG)

Propyplene Glycol apabila dipanaskan menghasilkan bahan membebaskan formaldehyde. Formaldehyde ialah sejenis bahan yang boleh menyebabkan kanser. 

  • Vegetable Glycerin (VG)

Vegetable Glycerin adalah bahan yang digunakan di dalam sabun, krim muka dan banyak lagi. Ia adalah produk daripada sayur-sayuran (Vegetable Glycerin). Kesan penggunaan berpanjangan mengakibatkan kerosakan organ dalaman.

  • Bahan perisa

Cecair rokok elektronik yang mengandungi pelbagai bahan perisa telah menunjukkan paras cytotoxicity yang tinggi. 

  • Logam berat

Tindak balas cecair rokok elektronik yang terendam di dalam gelungan dawai di dalam bahagian atomizer (alat pemanas).

  • Partikel Terlalu Halus

Penyebaran partikel bergantung pada paras nikotin di dalam cecair rokok elektronik. Seperti rokok konvensional, partikel daripada rokok elektronik cukup halus untuk menembusi ke dalam paru-paru dan seterusnya memasuki sistem peredaran darah.

Kajian mendapati bahawa rokok elektronik dan vape adalah merupakan sebuah “Gateway” bagi golongan remaja untuk memulakan tabiat merokok. Bagi perokok elektronik, mereka akan berasa lebih sukar untuk menghentikan tabiat merokok akibat kebergantungan kepada nikotin. Akhir sekali, dalam tempoh jangka masa panjang, rokok elektronik masih tidak dapat diketahui dan langkah pengawalan serta pemantauan adalah perlu apabila ianya tidak diharamkan.

Sumber : Infosihat (Kementerian Kesihatan Malaysia)

Leave a Reply